Monday, 15 July 2013

cara 1

mohammad faizul bin che jusoh  (04DKA13F1115)

MUHAMAD AMAN BIN GHAZALI (04DKA13F1125)

Sudut Pertama



UNJURAN SUDUT PERTAMA

Setelah mempelajari tentang lukisan ortografik unjuran sudut ketiga sebelum ini, dalam entry kali ini kami akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang unjuran sudut pertama pula. Masih dalam lukisan ortografik tetapi sudut pertama yang mana ianya merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Lukisan dalam sudut unjuran pertama ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama  lain pada sudut tepat.  Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.




Berikut merupakan simbol bagi unjuran sudut pertama:






Rajah di bawah merupakan kedudukan pandangan-pandangan bagi sudut pertama:




Langkah-langkah melukis  pandangan hadapan, pelan dan sisi melalui objek dalam rajah di bawah:






Langkah pertama:

Lukiskan pandangan hadapan pada petak kedua sebelah kanan atas:


                                    
  Rajah 1: Pandangan hadapan


Langkah ke dua:

Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke bawah untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:



                          Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan


Langkah ke tiga:

Selepas itu, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak .



Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran 
kepada garisan bersudut tegak


Langkah ke empat:

Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kiri.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.



Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi

pengenalan

mohammad faizul bin che jusoh  (04DKA13F1115)

MUHAMAD AMAN BIN GHAZALI (04DKA13F1125)

LUKISAN TEKNIK

Di dalam page ini mengandungi:-


  • pengenalan lukisan teknik
  • Lukisan ortografik
  • Unjuran Axonometri


PENGENALAN LUKISAN TEKNIK



  • Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata laukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan
  • ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen. 
  • Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer.
  • Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-

  1. Lukisan mesin iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan
  2.     Lukisan kerja Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan

ALATAN LUKISAN TEKNIK

  • Pensil 2B atau pensil mekanikal
  • pemadam
  • pembaris
    kertas gred
    kertas isogred
    kertas lukisan biasa
  • Papan Lukisan
  • Sesiku T

  • Jangka Lukis dan jangka tolok



  • Set sesiku






 LUKISAN ORTOGRAFIK


PENGENALAN



Dalam abad ke-18, bermulalah era Lukisan Kejuruteraan (LK) moden. Gespard Monge telah memperkenalkan lukisan ortografik yang digunakan sehingga kini. Namum begitu LK moden dianggap bermula pada abad yang ke-19 apabila beberapa peralatan lukisan mula digunakan seperti papan lukisan, sesiku-T, sesiku set dan alatan lukisan geometri yang lain .

  • Orto bererti lurus sudut tepat
  • Grafik bererti tulisan atau lukisan
  • Unjuran bererti memanjang
Lukisan ortografik adalah cara melukis objek tiga dimensi (3D) menggunakan pelbagai jenis pandangan.  Jenis garisan putus-putus digunakan untuk semua bahagian yang terlindung pada sesuatu objek. Garisannya berbentuk halus putus-putus seperti yg terdapat dalam gambarajah.

Dalam lukisan ortografik terdapat enam pandangan asas yang  boleh diunjurkan dalam enam arah ortogonal. Pandangan yang terhasil dipanggil pandangan asas.  
Anda boleh bayangkan bahawa objek 3D diletakkan didalam kotak yang telus,
dan pandangan dijangka berserenjang ke enam dinding kotak.
3 Pandangan Umum
Biasanya objek dilukis sebagai tiga pandangan umum iaitu  Pandangan HadapanPandangan Sisi dan Pandangan Pelan (atas).





ortografik perkataan merujuk kepada sistem unjuran yang ia digunakan untuk mendapatkan lukisan pandangan pelbagai berdasarkan model kotak kaca.
lukisan yang muncul di permukaan adalah pandangan seseorang melihat pada satah tontonan yang telus yang diletakkan berserenjang dengan garis penonton penglihatan dan objek.

Dalam sistem ortografik, objek diletakkan dalam satu siri kedudukan (pelan atauketinggian) berbanding dengan satah tontonan. 


Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan tersebut, bentuk pandangan diperoleh. 

Terdapat 2 jenis lukisan ortografik  :-

  1. Pandangan sudut unjuran pertama
  2. Pandangan sudut unjuran ketiga.



Unjuran Axonometri
  • Unjuran axonometric merupakan jenis unjuran selari, atau lebih khususnya ialah merupakan sebahagian daripada jenis unjuran ortografik. Unjuran ini digunakan untuk membuat lukisan bergambar sesuatu objek, di mana objek itu berputar di sepanjang salah satu atau lebih paksi relatif kepada satah unjuran. 
  • Ketiga-tiga arah pandangan diunjurkan secara bersudut tepat (perpendicular) bagi membentuk objek. Terdapat tiga kumpulan unjuran yang terdapat dalam unjuran axonometri  apabila objek diputarkan iaitu unjuran isometri, unjuran dimetri dan unjurantrimetri.
  • Unjuran isometri ialah unjuran yang mempunyai semua sudut sama.
  • Unjuran dimetri pula hanya terdapat dua sudut  yang sama.
  • Unjuran trimetri pula, semua sudutnya tidak sama
  • Unjuran yang paling mudah sekali apabila membuat lukisan, ialah unjuran isometri.
  • Kertas lukisan jenis biasa/isogred/gred